Want your
own Fotopage?


















 
SALAM PANTAI TIMUR

By: mami yati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-May-2008 23:38 Email | Share | Bookmark
PUDING ROTI MARBLE

 
Resipi ni dari Kak Hanieliza.. dah byk kali buat... tak tau kenapa minggu lepas buat jadi terlembik sikit.. kalau tengok kat gambar ni.. nampak tak mcm kuah kat pinggan tu,... tapi masih boleh mkn...





Quote:
PUDING ROTI MARBLE

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula

Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam

Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b serbuk koko + 4 s/b air

Cara
1. Masukkan bahan A dalam periuk dan masakkan shingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Bancuhkan serbuk kok dan air dan masukkan dalam salah satu bahagian.
7. Masakkan semula bahagian yg dicampurkan dengan serbuk kok sehingga masak [berbunyi dan nampak blup..blup gitu]. Tutup api.
8. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan kok berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam tin.

cantik dan menyelerakan..tambah2 br kuar dari peti ais.. Wed 28-May-2008 01:56
Posted by:umieaisyah  - [Link]
pernah wat puding ni wat hantaran..mmg sedap..tp kene kurangkan gula & air spy x manis & x terlembik Wed 28-May-2008 06:23
Posted by:jasmeen  - [Link]
Haii.........Lama zai tak singgah cini... Jom singgah sat kat entry Zai tu.....Zai baru jer update ha..entry"Team Building Intel @ Tanjung Bungah ,Penang....jom layan pelbagai aksi menarik sewaktu team building tu....jom layannnnnnn.............

Wah...sedapnyerr...
Wed 28-May-2008 07:53
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
sedapyr puding tu tumpang lalu iklan >>>>>>>>>CUBA PAKAI SELENDANG ARAB FESYEN TERKINI - PASTI KELIHATAN CANTIK DAN BERGAYA- JUALAN HEBAT SEKARANG http://nharyatiz.blogspot.com Wed 28-May-2008 08:28
Posted by:TUDUNG ARAB  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.