Want your
own Fotopage?


















 
SALAM PANTAI TIMUR

By: mami yati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-May-2008 00:51 Email | Share | Bookmark
MUFFIN

bersedia utk masuk oven
2nd round ye...
dah masak..
ini pun
ready to go..
Sofhea mintak yati buatkan muffin utk di bawak ke sekolah masa merayakan Hari guru. So, kita layan......



Muffin Coklat
Sumber : Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Antara bahan-bahan yang diperlukan
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.



Blueberry Jam Muffin
Sumber : Yani (MyResipi)

Bahan:
70g butter-suhu bilik
60g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100g tepung gandum } boleh ganti ngan self raising flour
1 sudu kecil baking powder }

blueberry jem secukupnya.

Cara
Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.




amboi..nampak sodap sangat yang cokolat tu.. Tue 27-May-2008 13:35
Posted by:Roylazim  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.