Want your
own Fotopage?






 
SALAM PANTAI TIMUR

By: mami yati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 8-Dec-2007 05:52 Email | Share | Bookmark
POPIA BASAH DAN SOS





Bahan-bahan
Kulit Popia
150 gram tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 sudu besar minyak

Bahan Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tahu, dihiris memanjang & digoreng

Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat


Cara Menyediakan
Untuk membuat kulit
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

Bahan Inti
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.

Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

Bahan Sos
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel.

NOTA D: Bila menyediakan adunan untuk kulit popiah ia hendaklah cair dan tidak terlalu pekat. Jika pekat nanti susah untuk anda dadar menjadikan kulit popiah. Sebaiknya bila telah didadar kulit popiah tutup kulit popiah tersebut dengan kain basah untuk mengelakkan ia dari kering. Kalau nak simpan dalam tupperware yang bertutup pun lagi bagus. Tapi sebaiknya biarkan ia sejuk jangan panas-panas simpan dalam tupperware nanti berwap kulit tu jadi benyek.

Adunan yang telah disediakan hendaklan diperap. Boleh masukkan dalam peti sejuk dan perapkan semalaman. Bila buat kulit popiah boleh gunakan kuali leper ataupun jika ada kuali yang non-stick pun lagi bagus. Panaskan kuali sehingga betul-betul panas. Kemudian kecilkan api, letakkan minyak sedikit dan kemudian gunakan kitchen towel sapu ratakan minyak pada permukaan kuali. Make sure kitchen towel tu tebal jadi jangan terkena jari nanti panas pulak.

guna tangan jer macam dlm gambar ni

Bila kuali dah panas sendukkan adunan keatas kuali dan cepat-cepat dadarkan adunan biar ia tipis jangan tebal. Kalau tebal nanti nak gulung popiah tak cun. Buat ala-ala macam crepe gitu. Selamat mencuba.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net