Want your
own Fotopage?







 
SALAM PANTAI TIMUR

By: mami yati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Dec-2007 02:24 Email | Share | Bookmark
PUDING KEK GULUNG

 




PUDING KEK GULUNG

Bahan-bahannya

30 gram agar-agar
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur, dipukul
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
1 sudu teh asen vanilla
secubit garam

Cara-caranya
1. Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung, susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang.
2. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek sehingga ia menyerap.
3. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secukup garam. Masak sehingga agar-agar betul larut dan masukkan gula.
4. Kacau adunan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastad serta mentega. Kacau sehingga sebati, masukkan esen vanilla. Bila adunan agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan ia mendidih sekejap dan padamkan api.
5. Tuangkan agar-agar tadi kedalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

[/color]


Jika anda menggunakan kek gulung yang manis, boleh kurangkan penggunaan gula dalam resipi ini. Bila anda susun kek gulung, susun rapat dan kalau boleh tuang sikit sirap koktail diatas kek gulung tersebut supaya ia lembab sedikit dan bila anda tuangkan adunan agar-agar kek gulung tersebut tidak timbul. Anda juga boleh gantikan agar-agar kepada serbuk agar-agar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net